মালয়েশিয়ার ইমিগ্রেশনের নোটিশ



মালয়েশিয়ার ইমিগ্রেশনের  নোটিশ মালয় ভাষায় 

Seri Kembangan, 19 April - Berselindung disebalik kawasan perumahan awam, sebuah rumah yang terletak di Taman Bukit Serdang yang dijadikan tempat tinggal Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah diserbu oleh Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Putrajaya.

Operasi dilakukan atas aduan awam mengenai keberadaan wanita warganegara asing yang mencurigakan di kediaman tersebut. Hasil dari serbuan yang dilakukan telah memeriksa seorang lelaki warganegara Malaysia dipercayai penjaga rumah dan Lapan (08) orang wanita warganegara asing.


Hasil pemeriksaan terperinci telah menahan seramai Lapan(08) orang wanita warganegara Vietnam manakala seorang lelaki warganegara Malaysia dikeluarkan Borang 29(Saman Pada Saksi) untuk hadir ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya bagi tujuan membantu siasatan kes.


Risikan telah dilakukan selama beberapa minggu oleh Unit Risikan Operasi Jabatan Imigresen Putrajaya. Hasil risikan mempercayai kesemua wanita warganegara Vietnam terbabit bekerja di Pub - Pub berhampiran rumah mereka serta menjalankan aktiviti yang tidak bermoral. Hal ini dikukuhkan lagi dengan penemuan kondom oleh anggota operasi di kediaman tersebut.

Selain dari rumah tersebut, sebuah pondok pengawal di kawasan perumahan sekitar Puchong juga turut diserbu. Hasil pemeriksaan mendapati ketiga tiga pengawal keselamatan warganegara india yang lengkap berpakaian seragam tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sahlaku.

Kesemua tangkapan telah dibawa balik ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya untuk tindakan susulan dan ditahan di Depot Imigresen Bukit Jalil.

Jabatan Imigresen Malaysia mengharapkan kerjasama dari masyarakat Malaysia untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan PATI untuk membolehkan tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan.

No comments

Powered by Blogger.